Assalamualaikum dan salam sejahtera😄.
Saya Nooratikah binti Rohazid boleh panggil ika. Saya seorang peniaga warung kedai kopi di sebuah kampung. Saya mula berniaga pada bulan mei tahun 2011 dengan bermodalkan rm60 jer masa tu. Peringkat awal,saya hanya jual air dengan roti jer. Kemudian hasil duit jualan saya rolling dapat la tambah barang2 kedai. Saya masuk barang2 keperluan dapur, dari situ saya start jualan runcit sambil2 jual air. Selama 3tahun saya berniaga, ikhlas saya cakap,saya xdapat pergi mana2. Saya fokus kat kedai jer.
Jatuh bangun dalam dunia perniagaan banyak saya lalui.
Tapi itulah kan, xsemua yang kita harapkan kita dapat. Saya mula buat pinjaman amanah ikhtiar dan bank untuk tambah baik perniagaan saya. Stok2 makin banyak. Hari2 saya mula berniaga dari pukul 9pagi sampai pukul 1pagi, kadang2 lewat 3pagi. Saya tak cukup rehat dengan anak kecil lagi masa tu, saya jaga sendiri sambil urus kedai. Bila badan penat, rehat xcukup, stress pun datang. Macam2 masalah saya hadapi.
Lama2 saya buat keputusan untuk pergi belajar, tambah ilmu. Mujur la masa tu rezeki saya, terpilih join MDEC, belajar ilmu online marketing. Dari situ saya belajar buat business online. Saya banyak keluar cari ilmu untuk saya capai apa yang saya nak dalam hidup ni. Saya xfikir saya boleh handle kedai saya selamanya. Saya nak ada pendapatan dan dalam masa yang sama saya punya banyak waktu dengan anak dan suami.
Selepas saya jumpa produkwan, saya berminat untuk jadi pengedar. Masa tu serius saya cakap saya tak tahu apa2 pasal perfume, nama2 perfume famous2 pun saya xtahu. Maklumlah saya dari golongan bukan orang senang, jadi perfume pilihan terakhir saya beli..hahaha…tapi tu la hakikatnya..bila jumpa produkwan ni, saya terus jatuh hati.
Semua bau bauannya wangi2, memang memikat hati saya. Lepas tu ada 15pilihan jer. Memang senang kalau nak jual kan. Tak banyak, so, mudah nk perkenal kat kawan2 kan. Lagipun produk ni 100% pati, boleh bawa solat, bau pun tahan lama. Kadang2 baju xbasuh seminggu pun bau wangi lagi..try cuba klau nak tahu..haha..untung pun besar, dari 20%-40%. Dari situ saya mula berniaga produkwan.
Tak lama saya jadi pengedar, lepas tu saya terus up stokis. Saya beranikan ni, saya cabar diri saya sendiri, nak berjaya saya kena berkorban. Saya pergi gadai barang kemas saya untuk buat modal. Saya yakin saya boleh buat. Saya nak bantu ramai diluar sana yang tercari cari produk yang mudah nak jual dengan harga yang sememangnya semua mampu beli. Sejak join stokis,saya target saya nak bantu ramai2 kawan2 nak tambah duit poket, nk bantu suami, keluarga dengan meniaga produkwan ni. Alhamdulillah, ramai kawan2 saya sokong dan ramai yang mencuba. Sampai sekarang alhamdulillah,saya bersyukur saya mampu bantu dorang tambah pendapatan dengan meniaga produkwan ni. Order sentiasa ada, yang serius buat business ni alhamdulillah saya boleh nampak perkembangan diorang. Nak dengan tak nak jer.
Saya selalu tanya agent2 saya yang mana ada masalah boleh terus whatsapp saya. Bila2 masa saya akan tolong. Banyak pengalaman selama dekat setahun saya jadi stokis produkwan ni saya dapat, dan ilmu yang saya belajar sedikit demi sedikit saya boleh kongsi dengan agent2 saya. Alhamdulillah, dengan produkwan juga saya mampu langsaikan segala hutang piutang saya selama ni, saya dapat bantu ramai orang. Kini, hidup saya lebih tenang. Saya ada banyak masa dengan keluarga.
Saya selalu ingatkan diri saya, agent2 seperti keluarga saya sendiri, tanpa mereka, siapalah saya. Dengan usaha mereka, dengan apa yang saya ajar mereka, mereka buat dan mereka dapat. Lagipun dengan join family produk wan ni, banyak ilmu2 free anda akan dapat, dengan ceo wan sendiri yang tak pernah loket ilmu, sudi turun padang bersama kita semua. Saya xsayang pun duit saya untuk bagi gift, bagi penghargaan untuk hargai jasa2 mereka.
Untuk anda diluar sana yang berminat untuk jana pendapatan dengan modal yang rendah, risiko rendah jom lah join produkwan. Saya yakin anda tak menyesal, anda buat, anda berani, anda berjaya. Tiada siapa dapat ubah hidup kita kalau kita sendiri tak mencuba untuk ubah hidup kita sendiri. Ingatlah, rezeki orang berniaga sangat luas, tiada limit.
Bergantunglah sepenuhnya pada yang maha pemberi. Sesungguhnya dialah yang maha berkuasa atas sesuatu..
Allah juga telah berfirman dalam surah at-Talaq: ayat 2-3
Maksudnya: “barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Inilah janji allah..
Berdoalah dan mohonlah bersungguh-sungguh kepadanya, insyaallah dia akan bantu hambanya. Jangan pernah putus asa..
Ini saja nukilan dari hati ikhlas saya, semoga pembaca yang sudi baca kisah saya ni dapat sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua.
Sekian, terima kasih..
Ikhlas: Ika, stokis produkwan jeli, kelantan.😍😊
Leave a Reply